Setiap manusia dilahirkan ditakdirkan mempunyai pasangan hidup masing-masing hanya bergantung pada masa,waktu dan titik permulaaan kejadian berputiknya cinta tersebut dan inilah salah satu fungsi Hijjabkasih iaitu satu kaedah di mana bagi individu yang bersungguh-sungguh mencari cinta sejati akan diketemukan dengan calon pilihan asalkan mereka ikhlas dan jujur, Hijjabkasih akan memastikan hanya ahli yang serius berumahtangga sahaja akan diproses permohonanannya, insyaAllah Hijjabkasih bakal menjadi lembaran hidup baru iaitu pintu kepada segala bunga-bunga cinta yang berputik sehingga kelopak bunga bersemi mekar...

Sejarah Hijjabkasih...

Sejarah Hijjabkasih bermula pada 15 Julai 2011 di mana ia bermula dengan idea dari pengasas Encik Iskandar Syah iaitu berdasarkan pengalaman hidup dan situasi kerja 4 tahun yang lepas hingga kini di mana beliau yang banyak berinteraksi dengan individu mahupun berkumpulan ada di antara mereka yang masih belum berkahwin tetapi serius untuk mencari jodoh berdasarkan alasan terlalu sibuk, tidak mengambil berat soal jodoh, kurang keyakinan diri, menunggu bulan jatuh ke riba dan sebagainya. Encik Iskandar pada mulanya hanya memperkenalkan individu yang belum berkahwin dipadankan dengan sesama rakannya termasuk lelaki dan wanita kerana Encik Iskandar ingin melihat rakan-rakannya bahagia dan ada di antara mereka yang telah ke jinjang pelamin.

Setelah 4 tahun berlalu, Encik Iskandar terfikir alangkah beliau dapat membantu individu di luar sana pula yang ingin mendirikan masjid tetapi memerlukan saluran yang sesuai tidak kira dari segi khidmat nasihat, perkenalan dengan ahli-ahli, cara-cara memulakan langkah atau sebagainya. Pada tarikh 15 Julai 2011 beliau mula mencari idea dan membuat kertas kerja bagi memastikan hasrat beliau untuk merealisasikan impian kebanyakan individu untuk bertemu jodoh berjaya dan akhirnya pada bulan September 2011 Hijjabkasih telah berjaya didaftarkan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di The Mall, Putra, Kuala Lumpur.

Visi Hijjabkasih...

Merealisasikan impian segenap rakyat Malaysia untuk menemui jodoh mereka yang terbaik melalui saluran dan medium yang berkesan, selamat, dan beretika bagi memastikan setiap insan berjaya membina mahligai yang diimpikan dan bahagia selamanya.


Misi Hijjabkasih...

Menyediakan perkhidmatan pencarian jodoh yang memenuhi kehendak ahli melalui kriteria-kriteria tertentu, memastikan ahli berpuas hati dan berasa selesa melalui servis yang disediakan serta berusaha bersungguh-sungguh agar ahli mendapat padanan jodoh yang paling sesuai.


Mengenalpasti akar umbi kepada masalah ahli-ahli dan cara penyelesaian

Dalam memastikan hubungan ahli bersama calon berjaya serta meningkatkan kebarangkalian hubungan berjaya ke tahap 100% (cinta berputik) dalam masa yang secepat mungkin iaitu sekali padanan terus berjaya, Hijjabkasih melaksanakan perjumpaan Satu Dengan Satu (SDS) di mana Encik Iskandar Syah akan bertemu secara bersemuka bagi mengenal ahli secara lebih dekat dan beliau akan mencatit beberapa aspek penting seperti cara komunikasi, tingkahlaku, imej kendiri (fizikal dan emosi), kriteria calon yang diinginkan serta masalah yang ingin diutarakan oleh ahli. Ini penting bagi memastikan ketulusan ahli di mana jika bergantung pada borang sahaja ini tidak menjamin padanan antara ahli dan calon boleh berjaya kerana borang boleh dimanipulasi tetapi setelah perjumpaan dengan ahli secara SDS dilakukan, Encik Iskandar mendapati lebih mudah dipadankan dengan calon yang diinginkan kerana beliau sudah mengenali ahli tersebut terlebih dahulu (ibarat memperkenalkan sesama kawan di mana kita telah mengenali individu tersebut).

Contohnya baru-baru ini terdapat beberapa ahli yang mempunyai masalah dari segi imej dan fizikal di mana apabila Encik Iskandar berjumpa dengan ahli tersebut masalah yang diutarakan adalah imej yang dirasakan tidak menarik oleh itu Encik Iskandar tanpa membuang masa menganjurkan kelas teknik asas makeup untuk ahli tersebut dengan bantuan tenaga kerja separuh masa bagi memberikan ilmu yang dapat mengubah penampilan ahli tersebut.

Selaim itu adalah masalah berta badan, berdasarkan kajian antara ahli Hijjabkasih,ada beberapa ahli agak sukar menemui jodoh kerana faktor fizikal yang terlau besar (obesiti), maaf kerana saya memang berterus-terang kerana perkara pencarian jodoh adalah serius dan tidak perlu kita malu dalam mengutarakan perkara sebenar. Oleh itu bagi ahli yang mengalami masalah sebegini, Hijjjabkasih melaksanakan Program Pengurangan Berat Badan (P2B2) di mana ahli akan bersenam di gymnasium berdekatan dibimbing oleh jurulatih berpengalaman yang juga tenaga kerja dari Hijjabkasih secara separuh masa. Hijjabkasih akan memastikan ahli berkurangan berat badan minimum 10kg dalam masa 3bulan tanpa ubat-ubatan, hanya teknik senaman yang betul dan diet yang berkesan. Akhirnya ahli akan lebih menarik dan ini pastinya meningkatkan keyakinan dan kebarangkalian untuk berjaya dalam padanan calon oleh Hijjabkasih.

Inilah yang istimewa bagi Hijjabkasih dan banyak maklumbalas positif diterima oleh ahli menyatakan inilah pertama kali perkhidmatan mencari jodoh yang sanggup berjumpa ahli secara bersemuka dan mengenalpasti masalah mereka dan cara penyelesaiannya.

Program Pengurangan Berat badan 

En Hairul 
(Jurulatih)

Cik Noraini
Ahli Hijjabkasih Selepas Perjumpaan Satu dengan Satu (SDS)